لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
﴿21:87﴾
Kaedah
1. Amalan ini adalah amalan Nabi Yunus AS bagi melepaskan dirinya daripada bala bencana atau mala petaka yang menimpanya.
2. Tasbih ini boleh dijadikan wirid dan dibaca 40 atau 70 atau 100 kali setiap hari.
3. Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dan kemudiannya berdoa akan hajatnya kepada Allah.
4. Kaedah nombor tiga di atas boleh juga dilakukan di dalam solat hajat.
Fadhilat
1. Barangsiapa yang membaca tasbih ini sebagai wirid dan kemudiannya memohon kepada Allah SWT, nescaya akan diperkenankan doa dan permintaannya dengan izin Allah.
2. Dikatakan, barangsiapa yang mengekalkan membaca ayat tasbih ini sebagai amalan hariannya, nescaya tidak akan susah dia selama-lamanya serta senantiasa terlepas daripada bala bencana atau mala petaka yang menimpanya, dengan izin Allah.
Terjemahan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya)! Sesungguhnya aku (mengaku bahawa aku) adalah dari orang-orang yang menganiaya (diri sendiri, maka bantulah daku). (21:87)

Wallahu A'lam
Penulis
Muhammad Aulia Hafidz Al-Majied Lc
Tidak ada komentar:
Posting Komentar